Selain perlu berdepan kenaikan kos binaan dan kos pemaju, para pengguna yang bercadang untuk membeli rumah kini perlu bersedia akan kenaikan kos rumah – ini kerana pertambahan caj akan berlaku susulan berlakunya kenaikan yuran guaman.
Peningkatan di bawah Majlis Peguam ini secara langsung dijangka akan memberi kesan kepada komitmen pengguna pada pasaran. Buat pengetahuan umum kali terakhir yuran guaman bagi pemindahan hak milik ini dinaikkan adalah pada 2017, enam tahun yang lalu.
Mengikut perspektif pengurusan, peningkatan kos yuran itu seharusnya tidak membebankan pihak pengguna susulan kemampuan mereka membeli kediaman. Namun tidakan itu dilihat bertentangan dengan matlamat negara, bahkan ia tidak konsisten berikutan yuran litigasi di Malaysia tidak tertakluk kepada kadar tetap.
Setakat ini difahamkan, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah melaksanakan bantahan dan telah mengklasifikasikan aturan itu bercanggah dengan Seksyen 13 Akta Persaingan 2010. Usaha ini dilihat selari dengan amalan negara maju seperti Singapura, UK dan Australia yang tidak lagi mengamalkan penetapan yuran ke atas pembeli.