Senada dengan aturan pentadbiran negara yang merancang untuk mengkaji skim gaji khidmat perkhidmatan awam – Cuepacs, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam kini memaklumkan telah kemuka cadangan untuk gaji minimum petugas lantikan baharu ditetapkan pada RM1,800.
Tidak hanya itu, dibawah usul mengikut makluman tersebut turut dikemukakan cadangan meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan dan imbuhan tetap awam dengan kenaikan RM100, diikuti permohonan bayaran sepenuhnya bagi Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA).
Melalui usaha permohonan ini, keperluan tersebut dimaklumkan tidak hanya melonjakkan taraf sara hidup penjawat awam untuk mengimbangi tekanan kos semasa, akan tetapi ia dilihat selari dengan matlamat negara untuk memiliiki masyarakat berpendapatan tinggi menjelang 2026 kelak.
Berdasarkan cadangan yang telah diusahakan sejak 4 tahun lalu ini, jumlah gaji minimum penjawat awam RM1,800 bersama kelebihan perolehan elaun – berpotensi membawa nilai tambah kepada penjawat awam negara dengan meraih paras gaji yang selesa iaitu mencapai lebih RM2,400.