Setakat 6 bulan pertama 2023, diperhatikan sekitar 49% daripada jumlah peruntukan pada Belanjawan 2023 telah dibelanjakan pada pentadbiran negara. Bagi merancakkan lagi pembangunan sektor ekonomi, kerajaan kini menjamin sekitar 60% peruntukan bajet tersebut dapat direalisasikan dan dicapai menjelang Ogos kelak.
Pengagihan tersebut menurut Kementerian Kewangan (MOF) sidang khidmat cemerlang perbendaharaan hari ini – meliputi perbelanjaan bulanan pada gaji, penyelenggaraan infrastruktur serta perbelanjaan pembangunan yang diperincikan perlu diteliti dengan sebaiknya sebelum peruntukan diluluskan. Menerusi sasaran tersebut, dijangka ini turut akan menyegerakan lagi pelaksanaan projek berkaitan rakyat.
Ketika ini sebanyak RM188 bilion telah dibelanjakan daripada jumlah RM388.1 bilion yang dipersetujui pada pembentangan Belanjawan 2023 lalu. Daripada jumlah itu ia merangkumi RM289.1 bilion perbelanjaan mengurus, RM99 bilion perbelanjaan pembangunan dan RM2 bilion simpanan luar jangka.