Artikel

Bank Dunia : Inflasi Harga Makanan Domestik Kekal Tinggi Lebih 5% – Di Kebanyakan Negara Dunia

Walaupun paras inflasi negara telah mereda kepada 2.8%, namun perlu diakui paras inflasi melibatkan kos makanan masih lagi tinggi antaranya dengan inflasi untuk kos makanan di luar rumah masih di paras 8.1% – situasi ini menurut Bank Dunia tidak hanya memberi kesan kepada Malaysia tetapi seluruh negara di dunia.

Berlandaskan data Bank Dunia, didapati inflasi harga makanan lebih tinggi 5% telah berlaku di 61.1% pada negara berpendapatan rendah, diikuti 79.1% negara berpendapatan sederhana rendah dan 70% negara berpendapatan sederhana tinggi.

Malah paras inflasi tersebut turut didepani oleh 78.9% negara berpendapatan tinggi. Secara menyeluruh selaiin Asia Selatan dan Asia Tengah, negara yang paling terjejas turut meliputi Afrika, Amerika Utara, Amerika Latin dan Eropah.

Meskipun paras ini kekal tinggi, pada tahap indeks harga semasa – Bank Dunia dapati beberapa indeks harga makanan telah alami penurunan antaranya pertanian dan bijirin telah alami penurunan 4% dan 12%, diikuti indeks harga jagung menurun sebanyak 21% dalam tempoh 2 minggu lalu. Manakala harga gandum pula menurun 3% dan harga beras naik 1%.

Penurunan ini secara langsung berpotensi memberi kesan kepada penawaran harga ke atas pengguna secara berperingkat, sekiranya tiada kesan peningkatan kos luar ke atas pengeluaran tersebut.