Usaha negara dalam inisiatif Rahmah kini terus diperluaskan kepada kemudahan awam, terbaharu bermula hari ini, pengguna secara rasminya dapat nikmati inisiatif Payung Rahmah di bawah AirAsia Superapp.
Di bawah manfaat ini, pengguna akan menerima kemudahan tambang serendah RM1 untuk kemudahan airasia ride di 5 lokasi terpilih Lembah Klang bermula 18 Julai sehingga 18 Oktober kelak. Pada kemudahan ini pengguna dapat nikmati nilai tambang rendah itu bermula jam 12 tengahari pada setiap hari. Bagaimanapun hanya tertakluk kepada 5 lokasi terpilih sahaja iaitu Putrajaya & Cyberjaya, Bukit Bintang, Bandar Sunway, Bangsar South dan Mont Kiara. Buat pengetahuan umum kuota perolehan tambang serendah RM1 ini akan tersedia sebanyak 3,000 tempahan pertama setiap hari. Bagaimanapun jumlah kos tambang kekal tertakluk kepada caj minimum tempahan perjalanan.
Lebih menarik, dimaklumkan bagi setiap tempahan RM1 airasia ride ini – pengguna berpeluang menebus Pakej Rahmah Ride, Fly & Stay dengan menerima kos promosi RAHMAH50 untuk potongan RM50 tempahan hotel dan potongan RM50 untuk tempahan penerbangan antarabangsa.
Pengguna juga boleh menggunakan kod promosi RAHMAH50 ini secara berasingan untuk tempahan hotel dan penerbangan antarabangsa. Berdasarkan penjelasan juga penebusan kod RAHMAH50 ini hanya akan untuk 100 kuota penebusan setiap hari sahaja dan di maklumkan penggunaan kod ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 30 September kelak.
Melalui sokongan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dann Kos Sara Hidup (KPDN) ini, Capital A melihat ia secara langsung akan memberi pengguna nilai tambah lebih dalam menikmati kos perjalanan mampu miliik bersama AirAsia. Maka untuk nikmati nilai tambah baharu ini, semua pengguna kini boleh layari pautan rasami airasia superapp atau memuat turun di App Store, Google Play bagi ketahui akses tersebut dengan lebih terperinci.