Untuk melestarikan industri ekonomi gig tempatan, peruntukan yang lebih besar dilihat memainkan peranan bagi meningkatkan lagi perlindungan dan pengukuhan infrastruktur ke atas pekerja. Pada tujuan itu, terdapat cadangan kini diusulkan untuk menaikkan peruntukan ke atas ekonomi gig kepada RM500 juta menjelang pembentangan Belanjawan 2024.
Usul ini menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi sekaligus akan membantu industri menaik-taraf pendapatan mereka dari semasa ke semasa. Seperti yang umum ketahui kadar pembayaran pekerja gig masih diperhatikan rendah dan tidak semua pekerja gig menerima manfaat yang setimpal.
Setakat ini untuk makluman umum, dianggarlan lebih 1.16 juta pekerja di negara terlibat dalam industri ekonomi gig dan ketika kumpulan tersebut menerima perlindungan sosial di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Berdasarkan usaha, kerajaan juga dijangka akan laksana Suruhanjaya Ekonomi Gig dalam tempoh terdekat, dijangka pewujudan ini akan dimaklumkan ketika pembentangan Belanjawan 2024 kelak iaitu pada 13 Oktober 2023.