Artikel

Pengendali Bengkel Kini Perlu Papar Senarai Mekanik, Bersama Kelayakan

Bermula 1 Julai lalu, semua pengusaha bengkel di pasaran negara dikehendaki memaparkan senarai nama mekanik bersama kelayakan sijil kemahiran mereka buat tatapan pengguna. 

Pelaksanaan ini menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) adalah selari dengan Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Pendedahan Maklumat Bengkel) (Pindaan) 2022 yang telah berkuat kuasa di seluruh negara. 

Langkah ini juga tidak hanya memberi galakkan untuk pengusaha menggaji mekanik yang memiliki kelayakan dan menaiktaraf kemahiran petugas mereka tetapi memastikan pengguna memiliki akses akan maklumat kemahiran mekanik yang bertanggungjawab pada perkhidmatan mereka. 

Aturan itu secara langsung akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dan melonjakkan produktiviti perniagaan dari semasa ke semasa. 

Tidak hanya pemaparan itu, pengusaha bengkel juga perlu menyenaraikan kategori alat ganti yang disediakan pada perkhidmatan. Bagi memastikan ketelusan komponen yang digunakan selari dengan penawaran harga perkhidmatan. Ini turut akan membantu meningkatkan akses dan keyakinan perkhidmatan dalam kalangan pengguna. 

Maka jika masih berlaku ketidakpatuhan, pengusaha bengkel berkaitan boleh berdepan tindakan perundangan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999. Susulan itu diharap semua majikan terlibat untuk peka akan pelaksanaan di bawah Bahagian Penguatkuasa KPDN ini.