Artikel

Pelajar Praktikal Di Sektor Kerajaan, GLC – Akan Terima Elaun Minimum RM800 Sebulan

Memahami kesukaran tekanan kos semasa tidak hanya terpalit kepada pekerja di pasaran sahaja, kesulitan tersebut turut dirasai oleh kumpulan pelajar praktikal – berikutan kesan daripada kos harian seperti makanan dan pengangkutan yang perlu ditanggung mereka. 

Maka Perdana Menteri Anwar hari ini memaklumkan, untuk atasi isu sedemikian – kumpulan pelajar praktikal di pejabat kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) diumumkan akan menerima elaun minimum RM800 sebulan. 

Aturan yang ditetapkan Kementerian Kewangan (MOF) ini penting untuk memastikan kumpulan pelajar latihan industri ini menerima hasil yang setimpal dengan tugasan mereka. Tambahan, tindakan ini turut membantu golongan pelajar khususnya dari kumpulan isi rumah berpendapatan rendah. 

Pada masa yang sama, PM Anwar turut menjelaskan cadangan awal penawaran elaun pelajar praktikal tersebut adalah didengari dari pandangan pelajar Tingkatan 6 ketika sesi dialog rasmi diadakan PM sebelum ini.

Bagaimanapun, perkongsian pelaksanaan itu pada sidang libat urus Belanjawan 2024 ini tidak memperincikan sebarang penjelasan lanjut berhubung bilakah tempoh penguatkuasaan bayaran tersebut akan dijalankan.