Bersamaan dengan RM188 bilion, jumlah peruntukan daripada keseluruhan Belanjawan 2023 kini telah dibelanjakan oleh pentadbiran negara.
Perkongsian Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang libat urus Belanjawan 2024 petang ini menjelaskan, dalam tempoh 6 bulan pertama – angka perbelanjaan tersebut adalah lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.
Bagaimanapun jumlah ini secara langsung menunjukkan terdapatnya perubahan dan pelaksanaan yang lebih cekap dalam peruntukan pembangunan negara. Tetapi paras itu kekal kurang memuaskan dan sewajarnya mencapai para 60%.
Mengikut perincian perbelanjaan, dana tersebut merangkumi jumlah peruntukan pembangunan, pengurusan dan simpanan luar jangka. Buat pengetahun umum, secara menyeluruh sebanyak RM388.1 bilion disalurkan pada Belanjawan 2023 kali ini. Ia lebih tinggi berbanding RM322 bilion pada Belanjawan 2022.