Bermula 1 Ogos ini, tarif baharu bagi Tarif Elektrik Hijau (GET) dilaraskan kepada kadar 21.8 sen/kWj, selaras dengan penetapan harga runcit bekalan elektrik hijau di serantau.
Langkah pelarasan ini menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sekaligus memaparkan peningkatan sebanyak 6 kali ganda berlaku pada pelarasan harga.
Susulan penetapan ini, pengguna sedia ada akan diberi tempoh sehingga 31 Julai kelak untuk mengesahkan kembali langganan tersebut. Setakat ini difahamkan kadar premium GET sedia ada iaitu 3.7 sen/kWj akan dikekalkan sehingga 31 Julai ini.
Buat pengetahuan umum, pelaksanaan GET ini bertujuan untuk menawarkan bekalan elektrik kepada pengguna dengan matlamat mengurangkan jejak karbon. Setakat ini antara firma besar yang turut terlibat pada penggunaan GET ini antaranya CIMB Bank, Dutch Lady, Gamuda Berhad, Nestle, TNB, Zurich dan beberapa firma lain.
Maka pada perubahan pelarasan tarif itu, pentadbiran memaklumkan perolehan itu akan digunakan untuk pembangunan dan peningkatan dalam sistem pembekalan elektrik di Malaysia.
