Artikel

Susu Formula Harga Rahmah Bakal Diperkenalkan 

Setelah usaha memperkenalkan harga Rahmah pada jualan cermin mata serta pakej perlindungan insurans – pentadbiran negara kini merancakkan lagi insentif tersebut dengan mengfokuskan kepada keperluan barangan kanak-kanak. Dalam masa terdekat dijangka pengenalan susu formula harga Rahmah pula akan diperkenalkan.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada laporan – langkah tersebut disasar dapat mengurangkan kos perbelanjaan ibubapa dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah. Di samping ia adalah tindak balas pentadbiran susulan berlakunya kenaikan kos pada jualan susu formula di pasaran.

Setakat ini, penetapan harga Rahmah susu formula tersebut masih lagi diteliti dan akan diketahui setelah mendapat kesepakatan harga yang ditawarkan oleh kumpulan pengeluar susu terlibat.