Artikel

Malaysia Tampil Selaku Pengeksport LNG Ke-5 Terbesar Dunia

Negara terus mengekalkan kedudukannya selaku pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar dunia bagi tahun 2022, seiring dengan negara utama seperti Australia (80.9), Amerika Syarikat (80.5), Qatar  (80.1) dan Rusia (33). 

Berdasarkan tinjauan World LNG Report 2023 kali ke-14 ini menunjukkan Malaysia mencatatkan rekod eksport LNG pada 2022 dengan jumlah 27.3 juta tan (MT). Melonjak berbanding tahun 2021 dengan 24.9 MT. Peningkatan dengan mengeksport sebanyak 7% daripada jumlah LNG didagangkan secara global ini jelas menunjukkan prestasi negara pada tahap yang baik. 

Sementara berhubung sumbangan secara skala besar pula – Asia Pasifik turut kekal jadi pasaran terbesar untuk LNG. Di mana mengeksport sejumlah 136.6 MT  pada tahun 2022 dan mengimport 160.9 MT dan diperhatikan 97.9 MT LNG kebanyakkan didagangkan pada rantau ini.