Berikutan jaringan kemudahan kereta api negeri telah meliputi kawasan sehingga ke Puncak Alam – Selangor kini memiliki hasrat untuk meluaskan lagi akses tersebut dengan membina khidmat kereta api di Kuala Selangor.
Menurut Kerajaan Negeri, cadangan ini melibatkan pembangunan Transit Aliran Ringan (LRT) atau Transit Aliran Massa (MRT) sampai ke Kuala Selangor. Usaha ini secara langsung akan memberi kemudahan kepada penduduk negeri untuk meluaskan jejak peluang pekerjaan mereka di Klang dan Petaling Jaya.
Langkah ini secara langsung akan memberi tambah-nilai kepada penduduk negeri untuk turut sama nikmati limpahan ekonomi pada kawasan tumpuan.
Setakat ini antara usaha yang telah dilaksanakan adalah pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) – di mana pembinaan ini turut libatkan jajaran stesen di Puncak Alam. Selain Selangor ia juga melibatkan laluan di 3 negeri lain iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Berbalik kepada hasrat kemudahan kereta api di Kuala Selangor ini, cadangan tersebut akan dikemukakan pada penggal hadapan setelah proses penstrukturan semula pentadbiran Selangor diselesaikan.