Susulan pembukaan semula perjalanan antarabangsa oleh pelancong China dilaksanakan – Airbnb melihat jumlah peningkatan pengguna dari negara ini semakin melonjak dan lebih menarik Malaysia menjadi negara ke-8 daripada 10 destinasi pilihan pelancongan warga China ketika musim panas ini pada segmen tempahan Airbnb.
Situasi ini jelas memberi potensi yang baik kepada sektor pelancongan negara termasuklah perkhidmatan Airbnb di Malaysia. Berdasarkan perincian, pencarian penginapan Airbnb di negara ini meliputi tempoh penginapan untuk jangka sederhana dan jangka panjang iaitu melebihi satu minggu penginapan. Aturan itu secara langsung menjadikan lokasi ekonomi-pelancongan antara pilihan paling laris kalngan pelancong.
Buat pengetahuan umum, data jumlah penginapan domestik yang ditempah di Airbnb Malaysia telah melonjak hampir 60% ada tahun 2022, ini meningkat berbanding tahun 2019 iaitu sebelum fasa pandemik COVID-19. Dan dijangka dengan peningkatan kemasukan pelancong China, ini akan akan merancakkan lagi sektor pelancongan negara.
Selain Malaysia menjadi pilihan – beberapa negara Asia lain turut tersenarai seperti Thailand, Jepun, Korea Selatan dan Australia.