Artikel

Nilai Ringgit Dijangka Naik Secara Berperingkat – Pada Separuh Kedua 2023

Rentetan aliran kadar inflasi dilihat semakin mereda di Amerika Syarikat (AS), terdapat jangkaan nilai ringgit berupaya meningkat mencapai RM4.20 bagi setiap dolar AS menjelang akhir 2023 ini. 

Peningkatan itu disasar akan berlaku secara berperingkat untuk sepanjang separuh kedua 2023. 

Sasaran firma penyelidikan MIDF Research ini mengambilkira paras inflasi pengguna AS yang telah mencapai 3.0% pada Jun 2023. Ini menjadi paras terendah sejak Mac 2021 dan lebih rendah berbanding jangkaan awal pihak ekonomi. 

Penurunan tekanan inflasi ini, turut telah memberi kesan kepada pembukaan ringgit pada pagi ini apabila nilai mata wang negara meningkat 310 peratusan mata (pip) kepada 4.6190/6230 berbanding dolar AS daripada RM4.65 semalam.