Artikel

Astro Labur Lebih RM300 Juta, Perkasa Kandungan Tempatan

Dengan menambah 11% nilai pelaburan pada kandungan tempatan untuk tahun kewangan 2023 kepada RM308 juta, Astro Malaysia Holdings memaklumkan langkah pelaburan ini bertujuan meningkatkan nilai tambah pemaparan kandungan tempatan kepada pengguna negara.

Ini merangkumi pemaparan kandungan secara langsung, perkhidmatan perstriman serta penawaran jalur lebar utama. Setakat 2023, Astro telah menghaslkan dan menawarkan 10,300 jam kandungan tempatan dengan pemain industri kreatif negara. Melalui usaha itu sekitar 25% pengguna Astroo nikmati penawaran pek TV penstriman dan jalur lebar.

Penyertaan itu secara langsung memperlihatkan kenaikan purata hasil bagi setiap pengguna (ARPU) sebanyak RM1.30 kepada EM98.70 bagi suku pertama 2024. Selain peningkatan pada penyertaan kandungan televisyen, peningkatan pada Astro Fibre turut bertambah baik sebanyak 28%.

Meskipun kekal optimis akan permintaan semasa, Astro akui masih terdapat tekanan makroekonomi yang kini jelas memberi kesan kepada isi rumah dan perniagaan negara. Namun dengan tambah-nilai melalui pemaparan kandungan kelak, ia dijangka memberi pulangan yang membrangsangkan buat operasi.