Artikel

Bali Bakal Kenakan Cukai RM46, Ke Atas Pelancong Luar Negara – Mulai 2024 

Untuk terus meningkatkan imej pusat pelancongan serta memelihara kepentingan budayanya – destinasi pelancongan Bali, Indonesia bakal mengenakan cukai berjumlah 150,000 rupiah ke atas pelancong luar negara mulai tahun hadapan, 2024.

Tindakan ini adalah sebahagian usaha Indonesia untuk melindungi tarikan pelancongan yang tersedia di Pulau Dewa tersebut. Menurut Gabenor Wayan Koster, pengenaan cukai sekali masuk ini akan dilaksanakan secara elektronik yang memasuki Bali dari luar negara mahupun dari bahagian lain di Indonesia.

Turut diperjelaskan cukai tersebut tidak terpakai untuk warga tempatan dan hanya dikenakan ke atas pelancong luar negara sahaja.

Melalui tindakan itu, Indonesia optimis aturan ini tidak akan menjejaskan jumlah kemasukan pelancong ke Bali kelak dan pada perolehan itu – pihaknya akan menggunakan untuk menambahbaik infrastruktur persekitaran, budaya serta selain itu turut akan meningkatkan perundangan ke atas pelancong yang berkelakuan buruk seperti tidak menghormati budaya pulau terbabit.