Artikel

MOT Beri Pelajar Universiti Awam Baucar Digital RM300 Penerbangan Domestik – Mulai 15 Ogos 

Bermula 15 Ogos – lebih 56,000 pelajar yang mengikuti pengajian Universiti Awam (UA) pada tahun 2023 di seluruh negara akan meraih manfaat bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi laluan domestik. Perolehan subsidi ini boleh ditebus dengan menggunakan baucar digital bernilai RM300 di bawah syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MYAirline.

Untuk tindakan tersebut, pelajar UA boleh laksana semakan kelayakan melalui portal Kementerian Pengangkutan (MOT) pada 15 Ogos kelak.

Dan sekiranya para pelajar didapati tidak layak, tindakan semakan dan rayuan boleh dilaksanakan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui universiti masing-masing.

Permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan itu dimaklumkan boleh dilaksana pada laman rasmi syarikat penerbangan yang terpilih. Setelah menerima kelulusan, syarikat penerbangan akan keluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Melalui kredit bernilai RM300 itu, sekiranya harga tiket penerbangan yang dibeli adalah bawah RM300 maka baki selebihnya akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan pada pembelian tiket pelajar seterusnya.

Buat pengetahuan umum, laluan domestik yang boleh menggunakan subsidi tiket penerbangan ini adalah antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Namun para pelajar UA diberi peringatan hanya boleh membeli tiket penerbangan sekiranya alamat tetap pelajar adalah destinasi penerbangan tersebut. 

Malah pihak MOT mengingatkan tarikh akhir penebusan baucar ini adalah pada 31 Oktober 2023. Maka para pelajar masih boleh membeli tiket penerbangan pada tarikh selepas tempoh penebusan itu tamat. Dengan adanya tindakan itu, inisiatif yang membawa nilai kos keseluruhan berjumlah RM16.8 juta ini – dijangka akan membantu para pelajar meringankan bebanan kewangan mereka dikala laksana perjalanan pulang ke kampung halaman ketika cuti semester pengajian kelak.

Ini contoh bagaimana baucar digital RM300 itu boleh digunakan;