Artikel

Thailand Galak Penduduknya Miliki Ramai Anak – Perkukuhkan Sosio-Ekonomi

Sekiranya Malaysia dijangka mencapai status masyarakat tua menjelang tahun 2030 dengan 15% jumlah penduduk adalah warga emas iaitu berusia 60 tahun dan ke atas – situasi itu disasar lebih pantas berlaku ke atas penduduk negara jiran kita, Thailand dengan mencapai status masyarakat yang sangat tua bersama jumlah yang lebih tinggi menjelang 2036. 

Di mana pada tempoh itu, menurut PBB dijangka 30% penduduknya adalah dalam kalangan warga emas kelak.

Menyedari kepentingan kesejahteraan sosio-ekonomi negaranya, Thailand kini bertindak mengalakkan penduduknya untuk miliki lebih ramai anak. Sekurang-kurangnya 2 anak bagi setiap keluarga di Thailand. 

Buat pengetahuan kadar kelahiran di Thailand kini telah alami kejatuhan. Sekiranya dalam tempoh 1963-1983 Thailand berupaya merekodkan 1 juta kelahiran setiap tahun, namun kadar kelahiran telah menurun kepada 502,107 bayi setaptahun dan tahun ini dijangka angka itu lebih menurun iaitu di bawah 500,000. 

Maka untuk menyokong usaha meningkatkan kadar kelahiran di Thailand, pelbagai inisiatif kebajikan masyarakat sedang diperkasakan. Ini termasuklah pembukaan lebih banyak taska, hak cuti bersalin dan peterniti ditambah-baik dan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah serta penawaran waktu bekerja yang lebih fleksibel. 

Selain itu, kempen mempromosikan kepentinfan siimpanan persaraan juga sedang dipergiatkan bersama infrastruktur kebajikan untuk masyarakat tua dipertingkatkan. 

Untuk makluman, usaha galakkan ini telah dilaksanakan sejak 2016 lagi bagaimanapun usaha itu tidak mendatangkan hasil yang membrangsangkan.