Artikel

Dasar Pendidikan Digital Malaysia Bakal Dilaksanakan – KPM

Sepertimana yang diusulkan sebelum ini, Dasar Pendidikan Digital kini telah meraih persetujuan Jemaah Menteri bagi dilaksanakan segera untuk merealisasikan sokongan digital dalam kalangan tenaga pendidik, pelajar dan persekolahan di Malaysia.

Pada peringkat awal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan telah memulakan usaha mengatur struktur ekosistem digital di persekolahan termasuklah membaikpulih instruktur sedia ada.

Bagi pendekatan itu, KPM bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) – pada fasa awal sejumlah 3,600 sekolah kini sudah mendapat manfaat melalui projek POP (point of Presence). Selanjutnya tumpuan tersebut akan diperluaskan dan ini bakal membantu negara menutup jurang digital pada operasi sekolah. Ini termasuklah di sekolah agama, sekolah pinggir bandar serta sekolah yang memiliki kapasiti murid rendah.

Buat pengetahuan umum,  antara usaha usaha digital yang telah diterapkan adalah menerusi DELIMa – di mana sejumlah buku teks digital telah berjaya dimuat naik bersama penyediaan video kurikulum dan bahan pendidikan berbentuk podsiar untuk kemudahan para pelajar.

Usaha tersebut menurut KPM akan diteruskan bagi memastikan akses digital dapat membantu setiap lapisan pelajar di Malaysia.