Untuk terus melestarikan ekonomi Malaysia, pentadbiran negara kini dalam proses merangka dasar bersama strategi untuk menangani amalan ‘Ali Baba’ yang masih menjadi bisa pada pasaran perniagaan di negara.
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahimpada sidang Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), dianggarkan kerugian berikutan budaya tersebut kini mencecah sekitar 1% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kerugian ini merangkumi isu perlesenan, perolehan, pemberian subsidi, pemberian permit dan kuota serta geran.
Maka selari dengan matlamat itu, Kementerian Ekonomi dan Jabatan Peguam Negara bersama kementerian berkaitan akan bertindak merangka dasar serta strategi perundangan untuk membasmi aktiviti amalan ini. Usaha ini sekaligus akan membantu merancakkan semula kesejahteraan ekosistem perniagaan di Malaysia.