Memulakan sebuah perniagaan kini dilihat lebih mudah dan cekap susulan terdapat pelbagai sokongan platform digital. Akan tetapi proses ini kekal memiliki risikonya tersendiri berikutan pada era ini pelbagai tekanan ekonomi semasa sedang berlaku dan situasi tersebut menimbulkan kegusaran buat kumpulan peniaga kecil. Khususnya buat mereka yang memulakan perniagaan dari rumah.
Antaranya meliputi tekanan kos operasi disebabkan naik turun kadar faedah, disusuli isu kos logistik serta ketersediaan dana peniaga kecil untuk memastikan perniagaa mereka kekal terjamin tatkala berdepan ketidaktentuan ekonomi ketika ini. Faktor sedemikian secara langsung mengehadkan lagi kos perbelanjaan peniaga kecilt pada tempoh tertentu.
Memahami kesulitan itu, disinilah penulis melihat peranan PayLater oleh Grab mampu dimanfaatkan oleh kumpulan perniagaan kecil. Untuk membantu menyelaraskan aliran perbelanjaan mereka dari aspek lengkapkan kemudahan operasi sehingga memanfaatkan pada perbelanjaan kos kecil di kedai fizikal.
Jadi apa faedah yang boleh diraih para pengusaha perniagaan bersama PayLater oleh Grab? Mari kita selami manfaat kaedah pembayaran ini di kedai fizikal dalam pasaran Malaysia.

Lengkapkan Keperluan Perniagan Kecil Anda Menggunakan PayLater Oleh Grab
PayLater bertindak menyediakan akses kewangan dalam bentuk yang mudah kepada semua pengguna. Peranan ini dilihat tidak hanya bertujuan meningkatkan kuasa beli pengguna secara individu tetapi turut ingin membantu kumpulan yang laksana perniagaan kecil dari rumah untuk memacu aliran perbelanjaan operasi mereka dengan lebih cermat dan berpatutan.
Maka penulis melihat, dengan akses yang tersedia pada ciri PayLater oleh Grab ini, ia merupakan peluang yang baik buat peniaga kecil menyelaraskan perbelanjaan mereka pada kos seperti lengkapkan keperluan atau barangan untuk kegunaan operasi. Apa yang menarik kemudahan pembelian kali ini tersedia di kedai fizikal terpilih buat semua pengguna Grab.
Bagi memulakan langkah tersebut, ini kaedah asas yang perlu anda terokai dan ketahui tentang Paylater oleh Grab.
Langkah Pertama : Anda perlu muat-turun aplikasi Grab dan semak sekiranya anda layak untuk aktifkan perkhidmatan PayLater. Sekiranya pengguna layak seiring dengan kriteria yang telah ditetapkan oleh Grab maka dengan hanya menekan butang Payment dan mengklik Try It Now, pengguna boleh mengaktiftkan PayLater anda. Setelah tindakan itu dilakukan, PayLater akan terus membuka akses pengguna dengan pelarasan kadar had perbelanjaan.
Apabila pengguna dah aktifkan ciri PayLater dan segmen tersebut dapat dilihat pada paparan aplikasi Grab pada butang Payment – ini bermakna pengguna telah bersedia menggunakan aplikasi tersebut pada kedai fizikal.
Langkah Kedua : Kenalpasti kedai yang menyediakan ciri pembayaran menggunakan PayLater oleh Grab. Buat pengetahuan, kemudahan ciri ini telah diperluaskan untuk merangkumi kedai fizikal juga. Susulan itu, sebelum laksana pembelian barangan atau makanan, pengguna perlu merujuk pada senarai kedai fizikal yang terlibat pada penawaran akses ini. Boleh klik pada pautan senarai kedai fizikal terpilih untuk penggunaan PayLater oleh Grab. Walaupun buat masa ini, senarai kedai tidak seluas kedai dalam talian yang menerima PayLater, namun Grab berkomited untuk memperkembangkan lagi senarai ini.
Setakat ini terdapat pelbagai kategori kedai fizikal telah turut serta, ini meliputi segmen jualan barangan elektrik, peranti pintar, produk kesihatan, penjagaan diri, pakaian, aksesori fesyen, kelengkapan kediaman, kelengkapan storan syarikat serta makanan. Selain mengetahui senarai premis yang terlibat, pengguna juga juga boleh dapati di kedai fizikal terpilih iini akan terdapatnya peletakan banner – yang memperincikan kemudahan pengguna dengan berbelanja bersama PayLater.

Jadi melalui petunjuk banner tersebut, pengguna dapat memahami cara penggunaan PayLater dengan mudah dan pantas. Tambahan akan terdapat juga saranan menggunakan GrabRewards iaitu kod ganjaran yang akan memberi pulangan kepada para pengguna ketika memilih mana-mana kaedah pembayaran sewaktu pembayaran dilaksanakan di kedai fizikal tersebut.
Langkah Ketiga : Peniaga kecil miliki pelbagai pilihan pembayaran di kedai fizikal. Untuk lengkahkan keperluan atau barangan operasi di syarikat kecil, sudah pasti aliran perbelanjaan perlu diteliti dengan baik. Sebagai contoh bagi tindakan membeli keperluan operasi, penulis memilih untuk membeli barangan Hardisk di premis All IT Hypermarket, ini adalah antara kedai fizikal yang terpilih membenarkan pengguna miliki pilihan pembayaran bersama PayLater oleh Grab. Pemilihan pembelian Hardisk dilihat bertepatan dengan keperluan peniaga kecil yang perlu menyimpan pelbagai data serta dokumentasi bagi tujuan simpanan operasi. Maka pada pembelian ini, penulis melihat kaedah pembayaran menggunakan PayLater Postpaid adalah suatu pilihan yang wajar.

Ini kerana melalui PayLater Postpaid atau kaedah pembayaran secara Pasca-Bayaran, dilihat membolehkan pengguna laksana pembayaran menggunakan had amaun yang tersedia pada ciri postpaid terlebih dahulu. Sekiranya pengguna atau peniaga kecil tidak memiliki wang tunai yang mencukupi, ciri ini membolehkan anda, mendahulukan peruntukan yang tersedia pada PayLater Postpaid di aplikasi Grab dan pembayaran penuh boleh dilaksanakan pada bulan seterusnya secara atas talian di aplikasi.
Langkah Keempat : Pengguna boleh klik pada butang Payment dan pilih pembayaran secara PayLater Postpaid di kaunter kedai fizikal. Pada langkah ini, pengguna perlu mengimbas kod QR yang tersedia di kaunter kedai fizikal berkaitan.

Di mana setelah mengimbas kod QR, akan terdapat paparan memerlukan pengguna untuk memuatkan jumlah amaun perbelanjaan barangan tersebut. Sebagai contoh, harga pembelian Hardisk tersebut adalah sekitar RM269. Setelah menyertakan kos item, pengguna akan terus diberi 3 pilihan kaedah pembayaran bersama PayLater.
Antaranya pilihan pembayaran penuh, PayLater Postpaid dan PayLater Installment. Bagaiamanpun untuk lengkapkan barangan syarikat – penulis memilih laksana pembayaran secara pasca-bayaran iaitu dengan PayLater Postpaid. Pada pemilihan itu, kadah ini menggunakan peruntukan Grab terlebih dahulu dan penulis akan perolehi tarikh pembayaran pada bulan hadapan di aplikasi.
Langkah Kelima : Ketika laksana pembayaran, pengguna boleh menggunakan baucar GrabRewards untuk nikmati ganjaran berganda. Sepertimana yang dimaklumkan penulis, setiap premis fizikal yang terpilih menyediakan kemudahan PayLater ini akan menampilkan banner dihadapan kedai fizikal mereka. Pada perincian banner tersebut akan kelihatan cadangan penggunaan GrabRewards untuk membantu para pengguna berbelanja dengan lebih bijak.
Namun sekiranya pengguna tidak sedari akan cadangan di banner tersebut, usah risau penawaran GrabRewards ini turut tersedia pada aplikasi. Di mana ketika pembayaran dilaksanakan dan pengguna telah memilih kaedah pembayaran – terdapat ruang kotak memaklumkan kepada pengguna akan keperluan tambahan kod ganjaran. Dengan klik pada bahagian GrabRewards, pengguna akan diberi pilihan pelbagai kod ganjaran berdasarkan mata ganjaran (points) yang diraih pengguna selama menggunakan aplikasi Grab ini. Mudah bukan? Jadi sentiasalah semak penawaran kod GrabRewards ini supaya perbelanjaan pengguna lebih cermat dan berpatutan berbanding penawaran asal.

Langkah Keenam : Setelah memilih kaedah pembayaran dan memasukkan kod pulangan – pembayaran pengguna kini telah selesai! Usai melaksanakan aturan tersebut, pada paparan aplikasi pengguna akan prolehi notifikasi pembayaran berjaya dilaksanakan dengan amaun penuh kos barangan. Maka adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak pembayaran secara berkala pada paparan di aplikasi Grab menerusi ciri Payments. Tetapi tidak perlu khuatir sekiranya pengguna terlupa atau terlalu sibuk dengan tugasan kerja – Grab boleh menarik pembayaran tersebut secara automatik melalui pautan kad yang tersedia di aplikasi atau pada jumlah baki yang terdapat dalam Grab E-wallet anda.

Sekiranya kedua akses ini tidak mencukupi, Grab secara berterusan akan memberi notifikasi pembayaran untuk peringatan kepada para pengguna. Jadi secara keseluruhan ini langkah menggunakan kaedah pembayaran PayLater Postpaid. Bagaimana pula dengan kaedah secaran ansuran atau PayLater Installments?
PayLater Turut Bantu Peniaga Kecil Tingkatkan Ikatan Sosial
Umum ketahui, untuk mengembangkan lagi perniagaan kecil dari semasa ke semasa – apa yang penting adalah mengukuhkan lagi ikatan sosial yang baik antara rakan perniagaan kecil ataupun mereka yang menggalakkan anda memulakan perniagaan kecil anda. Jadi bagaimana peranan PayLater berfungsi pada langkah ini?
Buat pengetahuan umum, dengan PayLater peniaga kecil boleh memanfaatkan akses pembayaran pada sesi sosial – antaranya seperti meraihkan sesebuah peristiwa atau memberi penghargaan kepada pekerja dengan berbelanja di kedai fizikal makanan. Ya, sangkaan anda tepat sekali! Selain menawarkan kaedah pembayaran pada kedai fizikal seperti fesyen, pakaian, aksesori dan barangan digital – pengguna PayLater juga turut berpeluang nikmati pembayaran secara mudah di kedai fizikal makanan terpilih. Dan untuk langkah ini, penulis menggunakan kaedah pembayaran secara ansuran iaitu PayLater Installments.
PayLater Installment iaitu kaedah pembayaran secara Ansuran adalah kaedah yang akan membawa manfaat pembayaran secara ansuran selama 4 bulan berturutan kepada pengguna. Melalui pilihan pembayaran ini, pengguna hanya perlu membayar amaun kecil sahaja ketika pembayaran dilaksanakan dan baki jumlah amaun penuh perlu dilunaskan dalam tempoh 3 bulan mendatang secara berturutan. Pecahan pembayaran bersama tarikh akhir pembayaran akan terus terpapar pada aplikasi untuk kemudahan pengguna.
Mari ikuti bagaimana penulis menggunakan kaedah pembayaran PayLater Installments ini di kedai fizikal makanan terpilih iaitu di Saba Restaurant.
Langkah Pertama : Seperti yang umum maklum, setiap premis terpilih akan tersedia banner PayLater. Melalui pemaparan banner ini ia akan memperincikan kepada pengguna akan cara penggunaan dan cadangan kod ganjaran yang boleh digunapakai pada langkah akhir pembayaran dilaksanakan.

Langkah Kedua : Ketahui had maksimum jumlah pembayaran yang membenarkan pengguna menggunakan kaedah PayLater Installments pada kedai makanan tersebut. Ini kerana, sesetengah kedai fizikal telah mengehadkan paras maksimum perbelanjaan tertentu. Sebagai contoh untuk Saba Restaurant, penulis perlu memastikan perbelanjaan makanan mencapai jumlah minimum yang ditetapkan iaitu perlu lebihi RM100 perbelanjaan. Maka setelah mencapai paras itu, ini membolehkan pengguna untuk melanjutkan pembayaran menggunakan PayLater Installments.
Perlu diingatkan setiap had minimum jumlah pembayaran di kedai fizikal adalah berbeza. Ia tertakluk kepada kedai tersebut. Oleh itu pengguna perlu peka akan kriteria ini.
Langkah Ketiga : Ketika ingin melakukan pembayaran, pengguna boleh ke aplikasi Grab dan tekan pada butang Payments dan memilih kaedah pembayaran PayLater Installments. Sepertimana yang dilihat ketika melakukan pembayaran PayLater Postpaid, pada langkah ini, pengguna perlu mengimbas kod QR yang tersedia di kaunter kedai fizikal tersebut.
Setelah mengimbas kod QR akan muncul paparan yang memerlukan pengguna meletakkan jumlah amaun perbelanjaan yang telah dipilih berdasarkan pesanan makanan. Usai menyertakan kos tersebut pengguna bleh terus memilih kaedah PayLater Installments. Melalui kaedah ini pengguna akan menerima tarikh akhir bagi setiap 3 bulan seterusnya. Susulan ini adalah kaedah pembayaran pasca-bayaran.


Maka ketika di kaunter, pengguna hanya perlu melunaskan kos kecil sahaja untuk bulan ini. Baki selanjutnya boleh dilunaskan pada setiap tarikh akhir 3 bulan seterusnya. Mudah bukan? Aturan ini sekaligus memberi penjimatan kepada pengguna khususnya peniaga kecil untuk menyelaraskan kos perbelanjaan mereka tanpa menjejaskan hubungan bersama pekerja. Nampak tak? Perut kenyang, hati senang, kerja pun akan jadi lebih produktif.
Tambahan dengan penawaran kod GrabRewards, ini akan membantu pengguna untuk meraih ganjaran yang lebih berganda berbanding laksana pembayaran secara penuh dalam satu masa.
Nikmati 0% Kadar Faedah – Dengan Kekalkan Displin Pembayaran Semula PayLater
PayLater oleh Grab secara jelas telah menyatakan prinsip penawaran produk mereka. Sekiranya anda selaku pengguna kekal menunjukkan tingkah laku yang berdisplin dengan melunaskan pembayaran tepat pada waktunya maka anda akan terus nikmati 0% kadar faedah pembayaran.
Ini bermakna tiada sebarang pengenaan kadar faedah atau pertambahan amaun akan berlaku jika pengguna kekal berdisplin dalam tempoh pembayaran semula. Situasi ini berbeza dengan kumpulan yang gagal memenuhi kriteria tersebut, kerana berpotensi untuk berdepan penalti atau akaun PayLater anda dibekukan buat sementara waktu.
Para pengguna perlu memahami, jika situasi ini berlaku maka ia secara langsung akan menjejaskan skor kredit pengguna dalam penggunaan segmen pembayaran secara pascabayar dan ansuran. Oleh itu untuk mengelakkan situasi itu memberi kesan kepada tahap kesejahteraan kewangan pengguna di masa hadapan – pembayaran semula perlu segera dilunaskan dan pengguna turut akan berdepan caj tambahan aplikasi yang dijangka sekitar RM10 yang bertujuan memberi peringatan kepada pengguna berhubung membina pengurusan risiko yang baik di masa hadapan.
Pada penggunaan PayLater kali ini, penulis melihat penawaran ciri di kedai fizikal adalah suatu langkah tepat bersama matlamat utama mereka iaitu meningkatkan kuasa beli pengguna individu dan buat kumpulan peniaga kecili, di samping merancakkan lagi aliran perbelanjaan dalam sektor ekonomi negara secara fizikal. Akses ini tidak sekadar membentuk komuniti pengguna yang bijak dalam laksana perbelanjaan semasa tetapi turut memahami kepentingan akses digital yang telah tersedia.
Adanya pemerkasaan pembayaran secara nirtunai, aturan ini akan membantu pengguna menjalankan perbelanjaan dengan lebih berhati-hati dan memudahkan mereka fahami tabiat membeli-belah dengan lebih baik. Seperti yang umum ketahui, menurut data terbaharu DOSM – meskipun tekanan inflasi semasa negara telah menurun kepada 2.8% pada Mei lalu, namun tekanan kos semasa melibatkan kos operasi dan kos bahan mentah masih lagi membelenggu para pengguna dengan paras inflasi setinggi 8%.
Tekanan itu secara langsung kekal menjadikan kuasa pengguna masih terhad dan perlu dicatu dengan sebaiknya. Maka adanya penawaran PayLater oleh Grab – ini boleh dijadikan pilihan buat semua pengguna termasuk peniaga kecil melandaikan tekanan perbelanjaan mereka dengan pembayaran kecil dari semasa ke semasa.
Untuk pengguna yang ingin turut sama menikmati kelebihan pembayaran bersama PayLater oleh Grab pada premis fizikal, pengguna boleh memuat turut aplikasi Grab dan mengaktifkan ciri tersebut pada pautan ini Muat-Turun Grab Malaysia.
Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia