Berikutan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) berlaku sejak Mei 2022 lalu dan kini menjadikan paras semasa sekitarl 3.00% – situasi secara langsung turut memberi kesan kepada pasaran lelong hartanah di negara. Di mana telah memaparkan peningkatan 20%.
Makluman Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (Peham) memaklumkan kenaikan itu telah berlaku sejak fasa perintah kawalan pergrakan (PKP) lagi. Tambahan sejak November 2022 pihak perbankan telah mulakan prosedur untuk dapatkan perintah kawalan secara lelongan awam daripada pejabat tanah dan mahkamah turut meningkatkan lagi paras tersebut.
Maka situasi ini menjelaskan keupayaan pinjaman pengguna tidak lagi seperti sebelum PKP pada pasaran lelong bagi hartanah di Malaysia. Di mana sehingga kini terdapat peminjam masih terkesan susulan alami pengangguran dan bebanan hutang disebabkan ketirisan wang pada era pandemik sebelum ini.
Mengikut laporan Utusan, situasi ini dijangka akan berterusan dalam tempoh 2 tahun dengan jumlah lelongan awam akan meningkat.
Sekadar imbasan kepada pembaca, paras OPR telah meningkat sejak Mei, Julai, September dan November 2022 sebelum ia dikekalkan pada paras 2.75% dan selanjutnya dinaikkan lagi pada Mei 2023 dengan paras 3.00% serta dikekalkan paras itu pada pengumuman OPR Julai ini.