Artikel

Tony Fernandes Jual Semua Saham QPR – Alih Tumpuan Perkasa AirAsia, Capital A

Dalam usaha meluaskan perkhidmatannya pada perniagaan digital AirAsia serta syarikat induk Capital A – Tony Fernandes kini mengambil tindakan melepaskan kesemua kepentingan sahamnya pada QPR Holdings, syarikat induk Queens Park Rangers Football Club.

Buat pengetahuan umum, pegangan tersebut telah dilaksanakan sejak 2011 lagi namun atas faktor peralihan tumpuan yang lebih utama – Tony akui langkah ini adalah sukar bagi operasinya. Demi membina semula arena penerbangan bersama Capital A, Tony beranggapan ini tindakan yang tepat dalam pengurusan perniagaan.

Selain memberi tumpuan kepada pengukuhan AirAsia, pihaknya turut bertindakn memuktamadkan isu status PN17 atau Nota Amalan 17 yang memerlukan penyusunan semula operasi dicapai pada tahun ini.

Buat pengetahuan umum, PN17 adalah status yang ditetapkan Bursa Malaysia ke atas syarikat yang miliki isu dari aspke kewangan. Penyenaraian ini berisiko mengakibatkan sesebuah syarikat terkeluar daripada papan Bursa Malaysia. Secara ringkasnya, entiti berkaitan gagal memenuhi kriteria minimum yang ditetapkan oleh Bursa Malaysia.