Walaupun ekonomi negara kini diuji dengan ketidakseimbangan nilai mata wang serta tekanan kos semasa – namun aliran pasaran buruh kekal memaparkan prestasi yang baik. Apabila jumlah penduduk bekerja di negara telah meningkat bertambah sebanyak 28,100 individu kepada 16.28 juta individu bekerja di Malaysia.
Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini jelas memperlihatkan peluang pasaran pekerjaan negara kekal tersedia buat penduduk di Malaysia.
Berdasarkan perincian mengikut taraf pekerjaan, kategori pekerja mencapai 75.5% dengan pertambahan 11,600 pekerja pada Mei 2023 kepada 12.29 juta jumlah pekerja di Malaysia. Sementara jumlah kategori penduduk bekerja sendiri pula turut meningkat, bertambah sebanyak 14,000 individu kepada 2.94 juta individu.
Manakala jumlah pekerja keluarga tanpa gaji juga meningkat kepada 490,000, diikuti jumlah majikan meningkat kepada 566,600 individu setakat Mei 2023.

Selanjutnya berhubung kadar pengangguran pula – secara ketara jelas menunjukkan telah menurun kepada 584,600 individu dan kekal di paras 3.5%. Di mana seramai 80.5% atau 470,400 adalah diklasifikasikan penganggur aktif dan 19.5% lagi penganggur tidak aktif iaitu tidak mencari pekerjaan dengan kerap atau konsisten.
Daripada jumlah penganggur aktif itu, sekitar 60.5% didapati mereka menganggur kurang daripada 3 bulan, 6.7% pula menganggur lebihi setahun.

Selain itu, berdasarkan pemerhatian juga jumlah penduduk bekerja yang tidak bekerja buat sementara waktu turut semakin berkurangkan sebanyak 5.3% kepada 81,900 individu bagi 5 bulan pertama 2023.