Artikel

Menjelang 2025 – Selangor Sasar Pendapatan Isi Rumah Penengah Raih RM9,290 Sebulan

Seiring dengan matlamat persekutuan, untuk meraih pendapatan isi rumah tinggi kalangan penduduk negara – Selangor di bawah dasar 5 tahun Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang telah diluluskan pada Ogos 2022 lalu kini menetapkan sasaran pendapatan isi rumah rakyat negeri bakal meningkat sehingga RM9,290 sebulan, menjelang 2025 kelak. 

Usaha ini dimaklumkan akan disulami dengan pelbagai inisiatif negeri, antaranya penawaran jumlah pekerjaan meliputi 3.8 juta individu. Sasaran ini bersamaan dengan 97% daripada jumlah tenaga buruh di Selangor. Diikuti melandaikan kadar kemiskinan mutlak kepada 0.7% dengan mengurangkan kemiskinan relatif kepada 11% dan meraih skor Indeks Kesejahteraan Keluarga pada skala 8.0. 

Tidak hanya itu, dalam pertumbuhan ekonomi kerajaan negeri turut akan memperkasakan usaha mencapai pertumbuhan KDNK negeri sekitar 6.5% sehingga 7.0% setahun diikuti perolehan pelaburan yang diluluskan pada sektor utama sebanyak RM25 bilion sehingga RM35 bilion. Dan turut laksana kadar penembusan Jalur Lebar tetap bagi setiap 100 premis pada 70%. 

Lebih menarik usaha kelestarian turut digarapkan dengan menyasarkan kadar kitar semula mencapai 15% menjelang 2025 kelak.

Melalui lanjutan usaha ini, ia akan membantu negeri meningkatkan memperkasakan kedudukan ekonomi, di samping membantu penduduk Malaysia menggapai kadar tampungan hidup yang lebih stabil seiring dengan tekanan kos semasa.