Artikel

Lebih 1 Juta Pekerja Ekonomi Gig Tidak Carum KWSP

Meskipun pengenalan insentif di bawah skim i-Saraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ditawarkan – tetapi dianggarkan sekitar 97% daripada 1.2 juta pekerja ekonomi gig kini tidak mencarum dalam KWSP. 

Situasi ini secara langsung menjelaskan masih ramai pekerja gig ekonomi tiada jaminan berhubung simpanan persaraan minimum sekitar RM240,000 untuk menampung perbelanjaan persaraan mereka di usia 55 tahun kelak. 

Menurut Kumpulan Aktivis Gabungan e-Hailing Malaysia (GEM) pada tinjauan semasa mereka, penglibatan pada caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang kini diwajibkan juga hanya memaparkan sekitar 50% pekerja sahaja laksana caruman. 

Maka untuk memastikan jaminan hari tua pekerja ekonomi gig terus dilindungi, GEM memohon pihak berpentingan melaksanakan pendekatan dengan mewajibkan caruman i-Saraan terhadap pekerja ekonomi gig. Langkah ini akan membantu pekerja untuk jangka masa panjang di samping melestarikan kebajikan mereka.

(Sumber: Utusan Malaysia)