Bermula hari ini, para pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 boleh ketahui status tawaran lanjutan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Berdasarkan jumlah tawaran, hampir 145,000 lepasan SPM 2022 berjaya terpilih melanjutkan pengajian mereka ke IPTA.
Menurut Kementerian Pendidikan Tinggi pada laporan, penawaran itu adalah berasaskan kekosongan tempat dan penilaian merit iaitu 60.93% daripada 237,805 pelajar yang layak memohon kemasukan ke IPTA pada platform UPUonline. Kemasukan ini meliputi tawaran Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Secara menyeluruh seramai 144,911 pelajar (60.5%) daripada 239,609 telah memohon untuk melanjutkan pengajian ke IPTA. Dan sekitar 59% daripada 403,637 pelajar yang memohon tersebut didapati merupakan pelajar lepasan SPM 2022.
Ini bermakna seramai 164,028 pelajar lepasan SPM 2022 tidak laksana sebarang permohonan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi pada pembukaan permohonan kali ini. Buat pengetahuan umum, seramai 79,668 pelajar telah ditawarkan ke UA dan 65,243 lagi ditawarkan ke Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kemahiran Awam.