Penduduk Malaysia ternyata mengungguli kedudukan ke-14 daripada 56 buah negara, selaku kumpulan yang paling banyak makan mi segera di dunia dengan rekod data 1.5 bilion hidangan mi segera dinikmati – berdasarkan data Persatuan Mi Segera Sedunia 2022.
Melalui rekod itu, perisa mi segera yang menjadi pilihan pengguna negara adalah kari dan tom yam bersama sup pilihan rempah, sayuran dan makanan laut. Diikuti mi goreng segera berperisa cili dan kicap manis pula adalah citarasa popular dalam kalangan penduduk Malaysia.
Pilihan itu menurut Persatuan Mi Segera Sedunia diinspirasikan hasil masyarakat negara yang terdiri daripada berbilang etnik, kaum serta agama. Ini secara langsung menjadikan segmen budaya makanan diraihkan dalam pelbagai sudut.
Selain Malaysia, beberapa negara Asia Tenggara lain turut mengungguli kedudukan tertinggi dalam senarai permintaan mi segera di global. Antaranya Indonesia (2) dengan merekodkan 14.2 bilion hidangan mi segera, diikuti Vietnam (3) dengan rekod 8.4 bilion hidangan mi segera, Filipina (7) dengan rekod 4.2 bilion hidangan mi segera dan Thailand (9) dengan rekod 3.8 bilion hidangan mi segera.
Sementara China dan Hong Kong pula terus ungguli kedudukan ke-1 dengan rekod hidangan 45 bilion mi segera dicatatkan.