Artikel

Sistem Isytihar Harta Akan Dikuat Kuasa Semula – Kalangan Anggota Pentadbiran

Hasil perbincangan pada mesyuarat Jawatakuasa Khas Kabinet Mengenai Antirasuah minggu ini telah mencapai keputusan untuk laksanakan semula sistem pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran kerajaan.

Pelaksanaan ini secara terus akan tambah-baik tahap ketelusan, kecekapan serta keberkesanan sistem pentadbiran Malaysia pada ketika ini. Di mana Indeks Governans Malaysia akan dijadikan pendekatan pegukuran tahap tata kelola baik di negara sementara kajian mewujudkan Akta Tata Keloka akan dilaksanakan untuk menjamin amalan ini terus terpelihara.

Buat pengetahuan umum, agenda itu akan dilaksanakan selepas format baharu yang lebih komprehensif dicapai bagi pelaporan pengisytiharan harta sedia ada ditambah-baik.