Untuk meningkatkan lagi pengalaman para pencarum dalam mengatur atau meraih amaun persaraan yang disasarkan – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini tampil dengan aplikasi i-akaun versi baharu yang memperlihatkan pelbagai ciri menarik.
Pengenalan aplikasi versi baharu ini sekaligus lebih memudahkan para pengguna dengan meningkatkan tahap sekuriti yang lebih tinggi pada pemaparan jumlah simpanan pencarum pada laman utama aplikasi. Tidak hanya itu terdapat pelbagai ciri baharu yang memberi galakkan kepada pencarum untuk menambah nilai simpanan secara sukarela, tanpa paksaan.
Seterusnya turut tersedia perolehan kadar dividen pada tahun lalu bersama jumlah hasil dividen anda pada papan muka versi baharu di aplikasi i-Akaun ini. Apa yang menggamit perhatian penulis, para pencarum juga turut miliki akses mengira anggaran simpanan bersara anda dengan lebih mudah.
Dengan hanya melaras usia sasaran bersara dan melengkapkan butiran peribadi seperti maklumat gaji semasa, kadar kenaikan tahunan, perolehan bonus, jangkaan kadar dividen serta potongan peratusan caruman – para pencarum akan meraih gambaran lengkap tentang amaun persaraan anda. Ini termasuklah jumlah pengeluaran bulanan di usia 55 tahun buat para pencarum.
Adanya akses sedemikian, ini secara langsung meningkatkan lagi tahap kesejahteraan para pencarum dan membantu ahli mendapat gambaran sebenar akan keperluan mengeluarkan dana ini untuk tindakan kecemasan dan komitmen penting sahaja.
Para pencarum sedia ada hanya perlu memuat turut aplikasi KWSP i-Akaun dan memasukkan ID anda, secara terus versi baharu ini akan dipautkan kepada aplikasi yang tersedia sebelum ini. Melalui tindakan itu, para pencarum kini boleh nikmati akses versi baharu bersama KWSP.
