Artikel

Lotus’s Melabur RM50 Juta – Beri Potongan Harga Ke Atas Lebih 3,500 Produk Buat Pengguna

Bagi menambah nilai kuasa beli dalam kalangan para pengguna dan memahami kesukaran kesan tekanan kos semasa, Lotus’s Malaysia – pasaraya di negara kini bertindak melabur RM50 juta untuk laksana potongan harga ke atas lebih 3,500 produk runcit di bawah jualannya. Ini termasuklah ke atas produk di bawah jenama Lotus’s.

Adanya langkah ini mengikut kenyataan Lotus’s ia akan memberi pulangan kepada pengguna di samping meningkatkan lagi kapasiti kuasa beli dalam kalangan komuniti pengguna pasaraya.

Lebih menarik melalui pendekatan tersebut, para pengguna dapat meraih penawaran harga rendah pada setiap hari dengan purata kadar diskaun sehingga 37%. Antara barangan keperluan yang terlibat seperti minyak masak, beras, kopi, teh, sardin, lampin, susu formula, makanan ringan seperti biskut serta keperluan cucian.

Maka untuk nikmati penawaran itu, semua pengguna boleh berbelanja di 66 stor Lotus’s di seluruh negara termasuklah di platform atas talian dan bersama arena e-dagang pada penyertaan Lotus’s.