Artikel

Kerajaan Setuju Usul KWSP Laksana Pengeluaran Bulanan Bagi Usia 55 Tahun

Ketika ini cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk jadikan pilihan pengeluaran pencarum secara berkala atau bulanan kini dimaklumkan pada fasa akhir dan secara dasarnya usul sedemikian telah mendapat persetujuan kerajaan persekutuan.

Buat pengetahuan KWSP pada laporan kini sedang pertimbang untuk jadikan pengeluaran secara berkala atau bulanan buat pencarum yang telah mencapai usia persaraan 55 tahun sebagai tindakan mandotori untuk ahli baharu.

Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim, buat masa ini usul tersebut di peringkat akhir dan terdapat beberapa faktor masih diteliti, ini termasuklah melibatkan jumlah baki simpanan semasa pencarum khususnya yang memiliki simpanan kecil.

Bagaimanapun aturan itu akan dimaklumkan kelak setelah mendapat persetujuan bersama. Setakat Mac lalu, didapati KWSP telah alami pertambahan jumlah pencarum kepada 15.8 juta dengan 8.45 juta adalah ahli aktig iaitu mewakili 50% daripada 16.81 juta tenaga kerja di negara.