Dalam melaraskan struktur ekonomi global bersama 218 buah negara, Bank Dunia telah membahagikan kumpulan kepada 4 kelas pendapatan iaitu pendapatan rendah, pertengahan bawah, pertengahan tinggi dan pendapatan tinggi. Berdasarkan kemasi-kini terbaharu, ternyata terdapat 2 buah negara kini telah menjadi ahli pendapatan tinggi baharu iaitu negara Guyana dan Amerika Samoa, ini menjadi terkini sebanyak 83 buah negara diklasifikasikan sebagai negara berpendapatan tinggi – sementara Malaysia pula masih kekal di dalam kelas pertengahan tinggi sejak tahun 1992.

Sebagai perincian, Bank Dunia melihat prestasi kelas pendapatan di negara telah alami perubahan yang menarik. Ini merangkumi peningkatan peralihan kelas pendapatan mengikut negeri di Malaysia.
Ternyata Sarawak kini menjadi antara negeri berpendapatan tinggi dan Kuala Lumpur pada kedudukan pertama diikuti Wilayah Persekutuan Labuan dan Pulau Pinang berada kedudukan keempat selepas Sarawak. Ini berbeza dengan Selangor dan Johor tidak mencapai status kelas pendapatan tinggi, hanya di kelas pendapatan pertengahan atas.
Berbalik semula kepada perolehan data global, selain 2 buah negara berjaya naik ke senarai pendapatan tinggi. Indonesia pula berjaya melonjakkan taraf pendapatan mereka kepada pertengahan tinggi. Situasi ini didorong hasil pertumbuhan yang memulih setelah berdepan kesan era pandemik COVID-19 sebelum ini.
Negara Asia Tenggara lain pula masih kekal pada kedudukan status pendapatan masing-masing dengan Singapura (tinggi), Brunei (tinggi), Thailand (pertengahan tinggi), Vietnam (pertengahan bawah), Filipina (pertengahan bawah).