Seiring dengan pengumuman hari mengundi yang jatuh pada hari Sabtu, 12 Ogos 2023 bagi pelaksanaan Pilihan Raya Negeri di 6 buah negeri terlibat – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan aturan itu berpotensi menelan perbelanjaan sekitar RM420 juta.
Ini meliputi persediaan SPR dengn penempatan 178 pusat penamaan calon dan 186 pusat penjumlahan rasmi undi yang akan digunakan pada PRN kelak.
Mengikut keperluan itu, seramai 153,760 petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pengundian di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.
Anggaran kos ini juga tidak hanya tertumpu akan penyediaan pusat pengundian tetapi turut merangkumi keperluan logistik, peralatan sokongan serta sistem rangkaian untuk memastikan kelancaran proses pengundian tidak terjejas.