Berikutan tindakan penyelenggaraan sistem akan dilaksanakan pada 8 Julai iaitu Sabtu ini, para pengguna dimaklumkan untuk bersedia akan beberapa gangguan akses pada sistem perbankan Maybank.
Ini meliputi perkhidmatan Maybank2u, Perbankan Mudah Alih Maybank2u dan ATM serta Terminal Layan Diri dimaklumkan tidak akan beroperasi dari jam 3 pagi sehingga jam 10 pagi.
Ekoran gangguan tersebut, Maybank memohon akan kesulitan yang berlaku. Diharap semua pengguna peka akan isu penyelenggaraan yang akan menjejaskan aliran pembayaran pada khidmat yang terlibat.
Sebarang maklumat lanjut boleh layari Pusat Khidmat Pelanggan Maybank untuk tindakan seterusnya.