Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan penetapan tarikh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk 6 buah negeri yang terlibat adalah pada 12 Ogos 2023.
Pengumuman pada sidang media hari ini memperincikan tarikh writ piilihan raya adalah pada 5 Julai 2023, diikuti hari penamaan calon pada 29 Julai 2023, hari mengundi awal pada 8 Ogos 2023 dan hari mengundi pada 12 Ogos 2023.
Berdasarkan penetapan itu, setiap calon memiliki tempoh berkempen sekitar 14 hari sebelum hari pengundian sebenar dilaksanakan iaitu 12 Ogos dan memiliki masa sekitar seminggu untuk berkempen berdasarkan tarikh awal hari pengundian pada 8 Ogos.
Pelaksanaan PRN ini untuk makluman akan dijalankan secara serentak merangkumi Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan. Susulan itu semua pihak dan para pengundi diminta laksana persediaan untuk mengatur perjalanan anda pada tempoh yang ditetapkan demi melunaskan tanggungjawab kepada negara.