Tidak lama lagi, tren Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang bakal perkenalkan Koc Wanita buat keselesaan para pengguna wanita.
Inisiatif itu menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) akan dilaksana pada fasa percubaan dalam tempoh terdekat. Sepertimana yang telah disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada perkhidmatan koc wanita dalam beberapa tahun ini, kemudahan yang sama kelak akan diterapkan pada MRT Kajang.
Meskipun akui terdapat cabaran dalam menentukan satu koc untuk wanita berikutan MRT memiliki 4 koc lebih sedikit berbanding KTMB 6 koc – namun situasi itu akan disesuaikan kelak berdasarkan kepadatan penumpang pada stesen tertentu. Bagi memastikan aliran keluar masuk pengguna tidak terjejas dan kekal lancar.
Menerusi inisiatif percubaan ini, pelaksanaan tersebut akan diteliti dan menyemak maklum-balas pengguna berhubung keperluan ini pada laluan MRT serta terdapat kemungkinan akan diperluaskan pada laluan pengguna LRT kelak.