Artikel

MyKurier Kini Dilancar, Bolehkan Rakyat Malaysia Beri Penilaian Kepada Khidmat Penghantaran

Industri kurier di Malaysia semakin berkembang, berikutan penglibatan platform digital yang menawarkan pelbagai khidmat pesanan penghantaran bersama pengguna. Setakat ini sahaja didapati lebih 160,000 penduduk negara  meraih manfaat pada industri kurier dengan 100,000 pekerja adalah khidmat penghantar makanan dan barangan (p-hailing).

Menyedari semakin banyak syarikat telah menyediakan perkhidmatan ini, maka secara tidak langsung kualiti perkhidmat wajar diutamakan. Untuk langkah ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) pada sidang Hari Apreasiasi Industri Kurier hari ini telah melancarkan platform MyKurier kepada penduduk negara.

Melalui platform MyKurier ini, ia akan memudahkan rakyat negara memberi penilaian berdasarkan penarafan bintang pada setiap perkhidmatan kurier yang tersedia di Malaysia.

Tindakan ini sekaligus tidak sekadar meningkatkan kecekapan dan persaingan operasi kurier negara, tetapi turut menjamin kualiti perkhidmatan memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.