Dengan meraih pegangan sebanyak 60% pada Advance Vehicle Engineering Global (AVEE Global) – syarikat alat ganti milik Thailand, AAPICO Hitech kini akan bertindak melabur dan menjadi antara menghasilkan komponen kepada kenderaan Proton.
Menerusi kerjasama itu, baki 40% lagi pegangan dimiliki Proton pada AVEE Global. Dan aturan ini akan mewujudkan pelbagai manfaat skala ekonomi yang baik dalam industri automotif tempatan. Di mana tekanan kos disasar lebih optimum, kecekapan dan produktiviti pemasaran juga dapat dipertingkatkan untuk memenuhi permintaan penghasilan kereta negara.
Lebih menarik kualiti penyediaan alat ganti automotif negara akan seiring dengan piawaian pasaran antarabangsa bersama Aapico Hitech. Bagi peringkat awal, tindakan pelaburan sebanyak RM40 juta akan tersedia ke atas kemudahan seluas 8.4 hektar AVEE Global dan peruntukan RM100 juta pula akan disusuli pada strategi 2024 kelak bagi perluasan kilang serta sokongan teknologi automotif.
Kerjasama PROTON & AAPICO HITECH, pembuat alat ganti kereta terkemuka 🇹🇭, selaras dengan objektif Polisi Automotif Nasional 🇲🇾.
Saya mengalu-alukan kedatangan AAPICO sebagai pelabur baru di 🇲🇾. Tahniah PROTON & AAPICO atas kerjasama ini! pic.twitter.com/qy6CkUEYIz
— Tengku Zafrul 🇲🇾 (@tzafrul_aziz) July 4, 2023