Artikel

Selangor Sedia Mesin Layan Diri Tuala Wanita Di 5 Sekolah Menengah

Selangor kini telah memulakan langkah projek rintis fasa pertama, penyediaan kemudahan mesin layan diri tuala wanita di 5 buah sekolah menengah negeri tersebut sejak awal Jun lalu.

Pelancaran yang bermula hari ini, menjangkakan sekitar 100 hingga 200 pelajar yang kurang kemampuan akan nikmati manfaat bekalan tuala wanita percuma itu. Usaha ini secara langsung membantu para pelajar dalam kalangan isi rumah pendapatan rendah mengatasi kesulitan kemiskinan haid yang didepani mereka.

Selangor memaklumkan usaha ini melibatkan peruntukan RM100,000 dan projek rintis tersebut akan berlangsung selama 6 bulan untuk fasa pertama. Dana ini untuk makluman adalah sebahagian daripada peruntukan Belanjawan 2023 Selangor yang melibatkan RM200,000 untuk tingkatkan kesedaran berhubung keperluan wanita.

Berdasarkan projek rintis tersebut, antara sekolah yang terlibat adalah SMK Sungai Tua Gombak, SMK Perempuan Bukit Kuda Klang, SMK Kaparm SMK Putra Perdana Sepang da SMK Kuala Selangor.

https://twitter.com/AmirudinShari/status/1675695962591985664

Melalui usaha ini ia secara langsung akan memberi inspirasi kepada negeri lain untuk berbuat tindakan yang sama – dengan mengurangkan tekanan kemiskinan haid menerusi penyaluran bekalan tuala wanita kepada para pelajar secara percuma. Selain Selangor, negeri Perak dijangka akan laksana inisiatif yang sama di peringkat sekolah rendah.

Kemiskinan haid merujuk kepada halangan kewangan dan tidak mampu memiliki bekalan tuala wanita, atau berdepan kekangan bekalan air serta tempat pelupusan yang sesuai