Artikel

SPR Bakal Laksana Mesyuarat Minggu Ini, Tentukan Tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN)

Seperti yang umum ketahui, terdapat 6 buah negeri telah laksana pembubaran pentadbiran bagi membuka laluan kepada pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Melalui agenda itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak laksana mesyuarat khas untuk menentukan tarikh PRN buat 6 negeri tersebut – iaitu Kelantan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

Mengikut perincian, mesyuarat tersebut turut akan meneliti tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari daftar pemilih, hari pengundian serta persiapan sokongan PRN.

Dimaklumkan, mesyuarat khas tersebut akan dilaksanakan pada Rabu ini (5 Julai) dan sebuah sidang khas akan dijalankan setelah perbincangan tersebut mencapai kata sepakat.