Artikel

SSM Umum Diskaun 90% Kompaun Bagi Kesalahan, Di Bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kini memaklumkan pengurangan kompaun 90% daripada nilai asal kompaun untuk semua kesalahan kepada perniagaan yang layak di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012.

Insentif ini secara langsung akan memberi kelonggaran kepada pihak yang terlibat untuk menerima pengurangan 90% kompaun dari nilai asal.

Tindakan ini secara langsung dapat membantu menyokong komuniti perniagaan dan korporat negara mengatasi bebanan tatkala dalam fasa pemulihan ekonomi ketika ini.

Buat pengetahuan umum usaha ini akan mula berkuat kuasa pada hari ini (3 Julai) sehingga 31 Disember 2023 kelak. Serta disasarkan sekitar 16,765 Perkongsian Liabiliti Terhad akan menerima manfaat tersebut.