Artikel

Nilai Aset Kerajaan Dianggar Lebih RM1 Trilion – MOF 

Berlandaskan penilaian aset pentadbiran persekutuan melibatkan aset tanah dan bangunan kerajaan yang diteliti Jabatan Akauntan Negara bersama Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tempoh 10 tahun sejak 2013 – dianggarkan nilai aset kerajaan ketika ini lebihi RM1 trilion.

Data itu menurut Timbalan Menteri Kewangan (MOF) Ahmad Maslan pada laporan, dijangka akan terus meningkat susulan ketika ini proses pengiraan masih berterusan. Perkiraan ini dimaklumkan tidak meliputi aset luar negara serta aset tambahan seperti peralatan pembangunan loji dan jentera.

Berdasarkan sasaran MOF, dijangka jumlah ini akan terus meningkat dan terdapat potensi tahun 2023 akan alami pertambahan RM30 bilion. Adanya perolehan konsisten, MOF menyasarkan nilai aset akan alami peningkatan melebihi nilai hutang negara yang ketika ini di paras RM1.5 trilion.