Artikel

BNM : Berhati-Hati Dengan Aktiviti Pengumpulan Dana Yang Mencurigakan

Bank Negara Malaysia kini mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, supaya berhati-hati dengan aktiviti pengumpulan dana yang mencurigakan. Pada masa yang sama, BNM menekankan yang mana sentiasa pastikan kesahihan sesuatu kempen pengumpulan dana sebelum mengambil bahagian.

Peringatan ini hadir selari dengan terdapatnya program pengumpulan dana dilakukan pihak tanpa mempunyai lesen atau kebenaran yang sepatutnya.

Walaupun tidak dinyatakan, pihak Misi Rakyat memberikan respon terhadap perkongsian BNM ini, dan telah memulangkan kembali semua dana yang telah dikumpulkan untuk projek dinamakan Misi Farms.