Dropee, salah satu platform dagangan yang memfokuskan perniagaan dan perusahaan, kini mengumumkan bakal menjenamakan semula perkhidmatan sebagai Borong. Dengan langkah tersebut, ia dijangka akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada pengguna, dimana ia akan memudahkan pembelian barangan secara borong melalui platform tersebut.
Buat masa ini, proses penjenamaan masih sedang dalam fasa awal. Penjenamaan ini diperlihatkan oleh pihak Dropee ketika pelancaran program Digital Niaga baru-baru ini.

Digital Niaga dibangunkan untuk memperkasa lagi perusahaan SME di Malaysia, dimana ia memudahkan akses mendapatkan kemudahan pembiayaan perniagaan, selain turut boleh mencari pembekal dan produk pada harga yang lebih baik. Ia juga dijangka menjadi platform setempat dalam memudahkan pengusaha SME untuk menyertai latihan dan kursus berkaitan.
Buat masa ini, pra-daftar minat untuk program Digital Niaga telah pun dibuka, dan mereka yang berminat boleh melakukan pendaftaran pada laman rasminya hari ini.