Sebelum ini, Perintah Gaji Minimum sebanyak RM1,500 telah dikuat-kuasa sejak 1 Mei 2022 lepas, tanpa mengira sektor. Namun, majikan dengan kurang lima pekerja diberikan pengecualian sehingga 30 Jun 2023.
Bermula esok, 1 Julai 2023, semua majikan kini tertakluk kepada gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah.
Sebelum ini, pelaksanaan untuk majikan dengan kurang lima pekerja ditangguhkan sehingga 1 Januari, sebelum ditangguhkan lanjut sehingga 30 Jun 2023.