Creador merupakan salah satu pelabur yang tidak asing lagi, dan mempunyai pegangan pada sejumlah syarikat, termasuk Tealive, Eco-Shop dan lain-lain. Terbaru, Creador mengumumkan telah mendapatkan pegangan sebanyak 40% pada syarikat memfokuskan haiwan peliharaan, iaitu Pet World.
Pet World telah ditubuhkan pada 2016 yang lepas, dan mempunyai beberapa jenama dibawah mereka, termasuk ProDiet untuk kucing, dan ProBalance untuk anjing.
Sebelum ini, ia telah diperkatakan Pet World sedang melihat untuk penyenaraian awam pada tahun 2023 ini, berkemungkinan di Singapura. Creador dengan pengalaman dalam penyenaraian awam beberapa syarikat sebelum ini, akan dapat membantu lagi Pet World meningkatkan nilai dan bersedia untuk penyenaraian awam berkenaan.