Artikel

BigPay Kini Menyokong Pembayaran Secara QR Di Indonesia

BigPay sebelum ini sedia menambah sokongan pembayaran secara QR di Thailand dan Singapura. Kini, terus memperluaskan sokongan, BigPay kini mengumumkan sokongan untuk pembayaran secara QR di Indonesia.

Untuk pengguna tempatan, anda boleh mengimbas kod QR yang disokong, iaitu kod QR QRIS oleh Alto, Artajasa, Jalin atau Rintis untuk membayar terus menggunakan BigPay.

Kaedah pembayaran adalah sama seperti di Malaysia melalui penggunaan DuitNow QR. Pengguna hanyaperlu mengimbas kod QR, memasukkan amaun pembayaran, dan seterusnya memperlihatkan skrin pembayaran kepada pekedai atau penjual.