Malaysia kini duduki tangga ke-19 pada senarai global bagi kedudukan negara paling aman di dunia untuk tahun 2023 dengan skor 1.513 daripada 163 buah negara.
Data di bawah Indeks Keamanan Global ini sekaligus menjadikan negara antara 20 senarai paling aman di dunia dan negara Asia Tenggara ke-2 pada senarai tersebut selepas Singapura yang ungguli tangga ke-6 bagi senarai penuh negara paling aman.
Berdasarkan data menyeluruh, didapati tahap keamanan dunia telah merosot sepanjang 15 tahun ini. Ia susulan kesan konflik perdagangan yang telah meningkat – meskipun sebelum berlakunya konflik antara Rusia dan Ukraine pada tahun 2022.
Berbalik kepada senarai penuh Indeks Keamanan Global, ini 10 negara yang diklasifikasikan negara paling aman di dunia;
- Iceland (1.124)
- Denmark (1.31)
- Ireland (1.312)
- New Zealand (1.313)
- Austria (1.316)
- Singapura (1.332)
- Portugal (1.333)
- Slovenia (1.334)
- Jepun (1.336)
- Switzerland (1.339)
